Titik Lagrange
Titik Lagrange

Titik Lagrange

Titik Lagrange (titik L atau titik librasi) adalah lima kedudukan di dalam sebuah konfigurasi orbit yang mana sesebuah objek kecil yang dipengaruhi oleh graviti sahaja boleh secara teori menjadi sebahagian daripada suatu corak bentuk malar dengan dua objek lebih besar (seperti satelit yang berkenaan dengan Bumi dan Bulan). Titik-titik Lagrange menandai kedudukan di mana gabungan tarikan graviti dua jasad besar membekalkan daya memusat setepatnya yang diperlukan untuk orbit bersama mereka.Titik Lagrange merupakan penyelesaian pola malar kepada masalah tiga jasad yang terbatas. Contohnya, dengan dua buah jasad besar dalam orbit-orbit yang mengelilingi satu pusat jisim yang dikongsi oleh dua jasad itu, terdapat lima kedudukan di angkasa di mana boleh terletaknya sesebuah jasad ketiga yang tidak begitu ketara jisimnya untuk mengekalkan kedudukannya secara nisbi dengan dua jasad besar. Seperti yang dilihat dalam rangka rujukan berpusat yang sepadan dengan halaju sudut kedua-dua jasad seorbit itu, medan graviti dua jasad besar itu adalah seimbang dengan pecutan satelit di titik-titik Lagrange, membolehkan jasad ketiga itu untuk kekal pegun secara nisbi dengan dua jasad terdahulu.[2]

Rujukan

WikiPedia: Titik Lagrange http://news.discovery.com/space/mission-complete-w... http://www.huffingtonpost.com/2013/06/19/herschel-... http://www.space.com/12443-earth-asteroid-companio... http://link.springer.com/article/10.1007%2Fs10569-... http://www.ulalaunch.com/site/docs/publications/De... http://demonstrations.wolfram.com/LagrangePoints/ http://www.cds.caltech.edu/~marsden/books/Mission_... http://www.math.dartmouth.edu/~euler/docs/original... http://www.physics.montana.edu/faculty/cornish/lag... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k229225j/f231...